Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2008

SALAM MAAL HIJRAH

salam maal hijrah...
ku ucapkan kepada...
semua umat islam di muka bumi ini....

diharapkan...
keamanan serta kebahagiaan..
sentiasa melingkari kehidupan kita...

semoga...
di tahun yg baru..
kita dpt mempertingkatkan amalan kebaikan...
membaiki segala kesilapan...
meninggalkan kemungkaran....

LOVE...LOVE...LOVE


The love...
A curse without the limit...
Sweet and killed you were slow...

The curse that beautifuland made you realise that you were stroked...
Nina slept...
Sang the beautiful song....
that finally had been realised by you.....

The song...
the symphony....
made you be lonely....

The eternal curse that made you become weak...
Seen firm like coral...
But...
when you fell....
you did not know again how you got up.

The love....
the perfect dream....
conquered the your heartcrushed your spirit...
Burnt your spirit...
And finally killed you were slow.... in the enjoyment.

CINTA..........

CINTA .............
adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan,
budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.”

MIMPI KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!

xsukenyer...
mimpi datang lg...
ada org suruh kite wat Solat Istikharah...
minta petunjuk dari-NYA

aku takut...
takut org lain yg muncul...
aku xnk kehilangan Ijam......
sayang kat die...
hehehehehehe........

T-SHIRT KUMPULAN



nie ler...
baju yg direka oleh group kiteorang....
sebagai kenangan...
baju ni agak simple..
tp...
warnanya memang menarik...............

Monday, December 29, 2008

HATI SEORANG WANITA

-SENSITIF :
bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET :
bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS :
ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS :
ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN :
sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS :
seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

PENAWAR HATI

  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan

SOALAN BUAT KEKASIH...

1. Malam tadi aku kah yang paling akhir meninggalkan ruang mata mu sebaik lena mu hinggap di situ?

2. Hadirkah mimpi manis bersama ku dalam tidur mu sebagaimana mau mu?

3. Pagi ini aku kah pengunjung minda mu yang pertama dan terdahulu?

4. Sudahkah kau hirup rindu mu pada ku seperti sarapan yang terhidang buat mu itu?

5. Adakah kau putarkan kenangan manis buat alas hati mu yang kesepian tanpa ku sewaktu menuju ke tempat kerja mu?

6. Ayat cinta untuk aku kah yang sedang kau karang sebagai Ucapan Selamat Pagi untuk ku?

7. Siapakah yang akan bertamu di hati mu sepanjang hari ini... ..adakah aku?

8. Adakah esok aku masih boleh terus berada di situ?

9. Adakah kau merasa bahagia bersama ku?

10. Adakah kau di saat ini merindui ku sebagaimana aku yang sedang merindui mu?

KAWAN

thanx kepada teman baikku......
sb banyak bagi kata nasihat..
disaat aku kesedihan....
disaat aku keseorangan...
disaat aku kesunyian....

kadangkala...
ego menguasai diri.......

KEKHILAFAN DALAM DIRI......

aku minta maaf sb mungkir janji...
aku xsengaja...
really sorry.....
bukan aku saje-saje......
aku x sengaja....

kalo masa boleh di ulang kembali.......
aku takkan kaco kau.....
kalo hari blh di ulang..
aku xnk datang giat.....

ibarat pepatah Melayu
'kerana mulut badan binasa'

'sorry seems to be'

ROMBONGAN MEMINANG.....

28.12.2008...
aku berkesempatan mengikuti rombongan meminang....
iaitu adik ijam yg di panggil mamat...............
majlisnya agak simple...
tetapi...
barang hantarannya agak menarik.....

Wednesday, December 24, 2008

JAMUAN AKHIR SESI JULAI-DISEMBER 2008

31 disember 2008...
jamuan perpisahan akan diadakan.......
aku jadi AJK Makanan...
memang xbest...
asyik dapat tugas yg same.....

nak gak merasa tugas lain.....
Penyambut tetamu ker??????????
AJK Pinggan ker????????????
xpun..........
Bendahari??????????????

so...
kenalar plan nak makan ape??????????
maybe???????????
Bihun goreng, air sirap, sandwich...

group aku...
fiza,syamil n nazirul...
memang penting.....
arap2 ok......

MIMPI LAGI??????????

mlm smlm...
aku mimpi lagi.....
nape ek?????????
aku pun heran?????

dah xnk mimpi.....
kalo mimpikan ijam ok la.....

huhuhuhuhuhu......
da xnak mimpi!!!!!!!!!!!!!!!
xsuke.............
aku xnak terjatuh.....
takut terjatuh..........

Tuesday, December 23, 2008

KIAMAT...

tanda-tanda kecil kiamat sudah menjelma....
semakin ramai anak muda yg alpa dgn keduniaan...
aku???????
sudah bersediakah aku menghadapinya?????

aku takut...
aku begitu takut...
teramat takut...
aku xnk masuk neraka jahanam...
tapi...
aku juga x layak masuk ke syurga....
aku hamba Allah yg mudah terleka...
selalu alpa dgn duniawi.....

4 UNSUR BAGI WANITA

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga:

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

  • Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawatakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

  • Wanita berunsur Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

  • Wanita yang berunsur Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

  • Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah-ubah.

MIMPI KEMBALI????????????

setiap malam..
mimpi tue bermain di dalam lena aku...
asyik wajah yg same...
apakah ada maksud yg tersurat????????
yang aku x tahu????

huhuhu....huhuhu...
aku msh terfikir akan hikmahnya????
apakah ia berkaitan tentang hati & perasaan???????

minta dijauhkan.....
x mungkin???????
kasihku sudah dimiliki!!!
x mungkin aku akan berpaling!!!!!

IJAM KEMBALI....

ptg smlm...
aku jumpe ijam...
yg bestnya, die blanja aku mkan...
hehehehehe...
aku memg suke makan...
nasi goreng ayam.....

da lame xjumpe ijam...
tapi...
aku rase lainler...
aahhhh...mungkin mainan perasaan...
atau bisikan syaitan.......

LEGAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!

arini.. ari ke-2 aku kat Giatmara Parit...
aku menduduki Ujian SKM.....
lepas satu beban...
memg lega......
skrg...
aku ada kat kedai Cikgu Sohaida......
ADIAHOS DOT COM....................

sampai aje kat Giat td...
kiteorang terus masuk dewan ujian...
mujurla...aku dapat pc yg pernah aku gunakan...
memg bernasib baik...

Friday, December 19, 2008

TAK KU SANGKA

mlm td aku bermimpi....
tak sangka...
da byk kali aku mimpi die...
apakah ada makna tersirat???????
atau yg tersurat?????????
hmmmmmmmm..
Hanya DIA Maha Mengetahui....
huwaaaaa....
nape mesti die ada dlm mimpi aku..????????

SEPUTIH SALJU



masih bersih umpama kain putih...
masih belum tercalit noda...
masih suci dari dosa...
masih x mengerti akan kehidupan...

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

22.12.2008...
itu ler tarikh keramat....
aku akn menduduki ujian...
gementar, takut...
macam2 perasaan yg ada.........

aku arap blh lulus...
dr segi teori & amali...
aku akan wat yg terbaik..

ujian tue kene bayar...
kalo free, x heranler...
so...
i must do the best..........

NOOR SAKINAH....


nie ler..
adik akuuuuuuuuuu..
umur die 16 tahun..
tp..
she is bigger than me.........

I'M WITH UMMYU

kiteorang kat Lumut.........
mase nie...
gi beramai-ramai

I'M WITH FARAHANA


hai...
nie dkt bangunan persekutuan..
kiteorang tengok pertandingan pidato,
antara sekolah daerah Kinta....

Thursday, December 18, 2008

MAISARAH





BARANG YG HILANG....

smlm, proses pemulangan bhn latihan...
keyboard,mouse & ram...
bukan aku punye..
xsamer dengan no. siri aku...
sedih...geram..bengang...
yg aku terkejut..ram ler..
ntah macamaner blh no. siri lain?????
padahal, da lamer aku x usik pc aku tue....
huh...dah ler kene ganti balik...
kalo aku yg ambik....
puas ati gak nak kena ganti....
tp...
mungkin ada hikmahnya????
nampak gaya nyer, melayang r elaun aku.....
kene r redha....

IMBAS KEMBALI.....

sekarang aku tgh dengar lagu 'Pudar'
teringat kenangan maser kat IKBN dulu...
da lamer xjumpe ngan diorang...
rindunyer kat korang...
e,kak n,lin,anis,kak lah,ct....
kenangan yg plg manis,

di bilik AP B12...
kak ina,kak liza,kak bahij,kak intan,kak anis....
langsung xdgar khabar....
alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
rindunyer.....

coz PM P6,
ingat lg? lagu 'Kenangan Terindah'...........
huwaaa...sedihnyer...

Ahli Silat Cekak...
ingat moto kiter?
'sek kito jange pecoh'

seandainya..
mase blh di putar kembali...
aku ingin stay di Klate..
kt saner..best.....
ramai kwn baik kat saner....
haaaaaaaaaaaaaa....
rindunyer...

mcmaner ler, nak contact dgn diorang lg???????????????
boleh jumpe lg........

MANJA KER??????????????

ada orang tue kannnn.....
die cakap kannnnn...
aku nie kannn...
manjer.......
padahal....
maner ade...
hehehehehe.......

SAMPAN......


gambar nie..
aku ambil kat lumut....
mase nie...
aku gi dengan ijam....
iaitu pada birthday aku yg ke-21....

Wednesday, December 17, 2008

ICE-CREAM


ape motif aku letak gambar nie ek????????
saje kot????????
da xder idea nak tulis aper???????
fikiran da buntu.......

SPA Q...............?????????


hmmmm...
nie ler...
mamat yg suke cari psl dgn aku....
geram btl...
smlm...
die asyik kaco aku.
huh...geramnyer...
tp...kami x gado sepnjg mase...
hanya waktu tertentu jer............
huruf Q..amat sinonim dgn diri die....

MC DONALD'S


nie kiteorang tgh mkn di mcd.....
mase nie....
abg sulung aku yg blanje.....
memg favourite...
sundae coklat...
aku mkn chicken porridge..
sb aku da kenyang.....

Tuesday, December 16, 2008

HATI YANG RAWAN.............

hati ini.....
janganlah gundah...........
janganlah rawan wahai hatiku.........
usahlah gundah...
usahlah khuatir...........
wahai kegusaran...
pinggirlah dari hati ku............
berlalu lah pergi...
jangan dihampiri hati ini....

RINDU LAGI....

aaahhhhhhhhhh.......
rindu datang lagi....
rindunyer.........kat saper ek????????
da tentuler kat ijam.........
really miss him..........

lg seminggu nak balik.......
huwaaaaaaa...
lamenyer........

ijam....
balik lar cepat......
da rindu nie..........
rindu sesangat................

ijaaaaaaaaam.........
balik cepat-cepat taw.........

IKLAN........


Cewaaaaaaaah.....
da jadi model...
hik..hik...
da popular nampak?
hahahaha........
a new model..........

JIGSAW PUZZLE


cuba teka?????
sape nie???
try cantum kn gambar nie..........
Tapi....
rasenyer ramai yang da tahu.........
tadaaaaa......

RUTIN HARIAN DI GIATMARA


Nie ler, rutin kiteorang stp pagi..........
lepas baris, kena kawad..
sebelum kawad, kami senaman dulu.....

lepas nie,
xdelar wat macam nie dah........
isk...isk............

IMBAS KEMBALI


Gambar nie diambil mase mule-mule kiteorang kat giat.
mase tue, xder uniform lagi.......
so,bebaslah nak pakai baju aper.....
asalkan bersopan...........
em.......
lebih kurang 10 hari, kami akan tamat belajar..
setelah 6 bulan kami bersama......
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.......
aku arap sume kawan-kawan aku akan berjaya.........

I'M WITH ANA !!!!!!!!!!!!!!!!



haiiiiiiiii,yang baju putih tue ana.
die adik saye........
tp, lg besar dari saye..
die form 6 di ACS.......
mase nie, kiteorang kat Cameron Highland......
gi makan angin..

WIRAJAYA


AFTER GIATMARA..............

skim senior untuk tahun depan, da takde........
so, kiteorang apply untuk jadi inkubator.............
kiteorang ber enam bukak satu perniagaan..............
amirul, umi, feroz, fara, faiz dan aku ....................
arap-arap bisnes kiteorang ni menjadi ler.....................

OVERTIME...............

semalam balik lambat lagi,,,,,
sume fail kiteorang kene reject..............
huhuhu...........
sume kena balik lambat.............
wat overtime............................

Monday, December 15, 2008

MEDIA STORAN




Antara contoh-contoh media storan yg terdapat di pasaran.........................





Saturday, December 13, 2008

BOWLING TIME!!!!!!!!!!!!!!!!


mase nie, kiteorang kat Greentown Mall....
kiteorang memang suke men boling..........
bez....
tapi da lamer x main......
rindu ar saat kite memula dulu...........

BAKAL KETUA KELUARGA.....





hehehehe...
jangan marah ek kawanku..........
macam nie ler, bakal ketua keluarga yg baik......
contohilah diorang bertiga nie..........
memang baik budaknyer.....................

MY CLASS AT GIATMARA IPOH BARAT


nie, gambar budak kelas aku...
kiteorang Bengkel A....
dlm kelas kiteorang ada 16 orang student.......

BAKAL ANAK SEDARA..........


Nie,,,,Megat Muhammad Zafran Hanif...
die anak sedara ijam....
comel kan????????

MASJID UBUDIAH

Ini Masjid Ubudiah...
Terletak kt Kuala Kangsar............
Kalo boleh, aku nak akad nikah kat masjid nie..........
tapi...
jauh dari umah aku.....
huhuhu.........

LUMUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!











BERTUNANG..........







4 Oktober 2008, aku telah bertunang dengan ijam.
memang berdebar-debar mase mak ijam sarungkan cincin....
segan giler.....
semua orang asyik tengok n tangkap gambar aku.........
jadi popular sekejap.....
hehehehehehehehe.............................

SKM LAGI!!!!!!!!!!!!!!!

Ari nie, kene datang giat lagi....
fail SKM ada yg x lengkap lg........
da baper ari kiteorang habiskan masa nak wat...........
x siap lagi...................

Friday, December 12, 2008

AKU KEHILANGANMU!!!!!!!!!!


saat aku kehilanganmu
hati dibaluti rasa pilu
kedukaan ku
pasti berlarutan
kerna dikecewakan

bagaikan aur dengan tebing
kita mengatur langkah seiring
menghadapi kepahitan
hidup berdua
pernah menangis bersama

panas dan hujan
ribut dan taufan
telah menguji kesetiaan
bersama keyakinan
kita jadikan
mimpi satu kenyataan.

tiada pernah ku menyangka
kejayaan mengaburi mata
sehinggakan kau merasa
tak lagi perlu
ku berada di sisi mu..

JAUH..KIAN JAUH.........

jauh..........
begitu jauh antara diriku & dirimu......
seakan terasa akan kehilanganmu..........
aku takut........
takut akan kehilanganmu..
kejauhan antara kita semakin mekar..........
perubahan dirimu,menakutkan aku.......
aku rindu padamu yg dahulu......
janganlah dikau berubah..........
tatkala aku menyayangi dirimu........

Thursday, December 11, 2008

ATAS NAMA CINTA

Aku wanita……
Yang punya cinta dihati
Ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu tlah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta hati ini
Tak mungkin terbahagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta kurelakan jalanku merana
Asal ngkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbahagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Atas nama cinta kurelakan jalanku merana
Asal ngkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

PUDING CARAMEL

Bahan-Bahan:
Bahan A:
10 biji telur
1 tin susu ideal
1 tin air
8 sudu besar gula
sedikit esen vanila
Bahan B:
10 sudu gula untuk dibuat caramel
Cara:
Campurkan semua bahan A dan pukul.
bahan B digoreng dalam kuali dan masukan sedikit air.
masukan bahan B kedalam acuan dan diikuti bahan A.
kukus sehingga 30 min.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bila sejuk.
boleh juga dimakan dengan buah-buahan dalam tin

NASI AYAM

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Hanya padamu!!!!!!!

pagi tadi, jumpe ijam jap..
die gi KL...
ahad minggu depan baru balik...............
die baru sembuh dari demam...........
aku rindu kat die.........
rindu bangat.............
rindu sesangat...............
nak jumper lambat lagi!

KU TERSEDAR.............

Sejak akhir-akhir nie....
timbul sedikit kesedaran dalam diri..........
aku selama ini sering terleka dan alpa dengan keduniaan.........
kekadang.........
terpikir gak macamaner dengan kematian????????
alam kubur??????????
da bersedia ker aku??????????
aku memang teringin nak mati pada usia muda...
agar tak banyak dosa yg akan aku lakukan............
tapi.........
ajal & maut di tangan Tuhan....
selagi hidup...selagi berdaya........
akan ku kerjakan suruhanMu,Ya ALLAH...........

NAMA-NAMA HARI KIAMAT DLM ISLAM

Rumi (transliterasi) Arab Terjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯ يوم القيامة Hari kebangkitan
al-Sā'aṯ الساعة Waktu
Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl يوم الفصل Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb يوم الحساب Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ يوم الفتح Hari pengadilan
Yawm al-Talāq يوم التلاق Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i) يوم الجمع Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd يوم الخلود Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ يوم الحسرة Hari penyesalan
Yawm al-Tanād يوم التناد Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ يوم الآزفة Hari mendekat
Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد
Yawm al-Aẕīm اليوم العظيم Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
al-Qāri’aṯ القارعة Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyiaṯ الغاشية Bencana yang tak tertahankan
al-Ṣākhkhaṯ الصاخة Bencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
al-Ḥāqqaṯ الحاقة Kebenaran besar
al-Wāqi'aṯ الواقعة Peristiwa besar

ADA APA DENGAN 7??????????

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

PERKARA PENYEBAB BALA

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

CINTA

Adalah sesuatu yang menakjubkan.........
kamu tidak perlu mengambilnya dari seseorang untuk memberikannya kepada orang lain...........
kamu selalu memilikinya,...........
lebih cukup untuk diberikan kepada orang lain......................

PETUA!!!!!!!!!

Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya


Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit

Wednesday, December 10, 2008

JENIS ORANG & JENIS KENTUTNYA

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain

RAHSIA ANGKA 13

Inilah dia rahsia as-solat, rujuk Ustaz untuk kepastian...

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

.8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

JALAN CINTA

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu
Seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu….oo…
Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta
Dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamuPada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu…oo…
Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita

TAKDIR CINTA

Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengulir lembut
Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan Nabi
yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa
Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan
Tuntunlah hatiku
Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Antara kelebihan air zam-zam (berlaku dengan izinNya)

1) Boleh sembuhkan pelbagai penyakit

2) Diberkati dan mengenyangkan peminumnya

3) Mampu mengurniakan hajat peminumnya

4) Permata air syurga

5) Menambah kekuatan badan

6) Air yang dipilih untuk memebersihkan hati Rasulullah beberapa kali

AKIBAT BANYAK MAKAN!!!!!!!!!

Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit

KELEBIHAN BISMILLAH, AL-FATIHAH & AYAT KURSI

BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

  • Panggilan suami isteri: Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.
  • Bantu-membantu: Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
  • Saling berkomunikasi dan berhubung: Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
  • Hadiah: Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan.
    Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
  • Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai: Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
    Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
  • Ucapan tanda penghargaan: Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
  • Menghargai pemberian pasangan: Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......

RAYA HAJI...............

raya haji tahun nie, best..........
aku gi beraya kat umah ijam, umah mak ngah n umah acik...........
makan memang kenyang............
lemang, ketupat,mee kari,tomyam..........................
paling best, rayer kat umah ijam.............

CAKAP APE EK????????

x tauler nak tulis ape?????????
da xder idea la..............
em...................
ntahler..................

Tuesday, December 9, 2008

LAKSA

semalam,Raya Haji.
Aku gi umah bakal mak mentua kat Sg.Siput.
makan laksa.
sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap..................
uyun yang buat.................................

Thursday, December 4, 2008

BAKAL ADIK IPAR

semalam aku mesej dengan uyun..
adik ijam yang keje kat kl.
tanya pasal komputer tetibe shutdown..............
nasib bek adik die ok.........................
mule-mule segan gak..
da lamer tue....ok

UJIAN AMALI

TADI.......ujian amali.
Memang susah................
terutamanya networking..............
Dah ler kabel ide tetibe wat hal, pin senget.
pas 2, tetibe xleh bukak komputer

Wednesday, December 3, 2008

CIKGU BAIK HATI...

Malam semalam.............
Seronok...............................
Kiteorang ramai-ramai gi makan kat Restoran Tomyam Mesra...............
Seeeeeeeeeeeeeedaaaaaaaaaaaaaap.....
Makan siakap,tomyam,kailan.......................
Minum fresh orange....................................
yang bestnya, ijam pun join sekali.....................................
Thanx cikgu........................................................................

SAKIT GIGI...............

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Ari ni sakit gigi, nasib bek ijam datang ambik aku............
Die bawak aku g klinik dekat ngan pejabat abah........
Doktor bagi ubat, minggu depan kena g klinik lagi....
doktor tak cabut gigi sebab gusi aku bengkak.............
Hilang nikmat makan...huhu................................
Ujian yg kecil macam nie pun aku da tak tahan............
huhuhu.................

Tuesday, December 2, 2008

Sarah & Akma


Ini ler anak sedara tersayang..............
yang adik nakal betul................
Kakak tue dengar gak cakap orang..
Aku sayang sangat kat diorang berdue.
Maklumla.....anak sedara aku 2 orang jer.................

IJAM BALIK...YEA..YEA

Ari nie, ijam balik.
Beznya...petang nie dia ambik aku..............
Da lamer x jumpe die.........
rindu sangat.......
Plan nak gi kursus kahwin pun kena tunda............
Huwaaaaaaaaaaaaaa.................

MINGGU KELAM-KABUT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Minggu nie......................memang bz giler.
Nak kena siapkan tugasan SKM..........................
Ada presentation PJSK lagi...................
Ada ujian amali akhir............................
Ujian teori lagi...........................
huhuhu.....penatnya.
Laptop plak asyik shut down sendiri
Melambatkan keje aku..................
Arghhhhhhhhhhhhhhhhh............................

Friday, November 28, 2008

Nikah............

ari ni, 28.11.2008........abang angkat aku akan melangsungkan pernikahannya hari ni...
Name die Mohd Safari dan bekerja sebagai Bomba di Johor.
Bakal isteri die keje kat sekolah pendidikan khas kat Ipoh.
Diorang berkawan sejak sekolah menengah lagi.......
arap-arap kekal ke akhir cucu.................
Tahniah

Die Sakit!!!!!!!!!!!

Sedihnya.......ijam sakit. Semalam, die gi ospital.
Badan die panas............So,kena la dapatkan rawatan.
die demam.......
Yang sedihnya.....aku takde dekat dengan die mase tue..............
alamak..........sedihnya

Thursday, November 27, 2008

AKU DA TAHU..................

Name budak comel tue, fakhrul. die baru jer dapat result UPSR. Die get 1a,2b,2c. Samer macam result aku dulu. heheheheh....
Next year,die belajar kat St. Michael.
Comel muker die tadi, ada lesung pipit lagi.

SKM!!!!!!!!!!!!!!!

5 Disember akan datang, aku akan menduduki ujian SKM. iaitu sijil kemahiran mara..........
Aduhhhhh........aku takut gagal??????????????????????
Harap-harap dapat lulus dengan markah yang cemerlang............
InsyaAllah............Amiiin

Wednesday, November 26, 2008

Orang Baru

Tak lamer lagi,aku akan dapat kakak ipar lagi.....Hehehe.
Bestnya...Agaknya saper ler insan bertuah yg dapat menakluki hati abang aku tue????
Namernya bermula dari huruf A dan berakhir dengan A jugak.....
Dia pun macam ok jer..........
tapi............tapi...................
Aku masih tak berkesempatan bertemu dengannya.....
Ada saja yang menghalang...................

Arznumb

Asskum....die ni aznam. die dengan baik hatinya, meminjamkan aku laptop die. Ini membolehkan aku update blog aku.....hehehe.
Trime kasih ek sebab sudi pinjamkan laptop...........................

Harimau Hitam

Dia adalah Feroz. Die ketua kelas aku kat Giatmara. Dia rapat gak dengan aku. Die berminat dengan adik aku form 6,....sayangnya adik aku x layan. huhuhu

Hari Boring Sedunia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari nie,,boring giler kat giat.... Boring sesangat.huhuhu.
Nak makan ape pun x tau tengahari tadi?????
tengok pulak muke seniorita..........
Eeeeeeeeeee......bosannyer................

Tuesday, November 25, 2008

Teman Berjasa




ini dia, orang yang banyak berjasa. Karena diorang berdualah, maka terciptanya blog "Aku yg comel". terima kasih.......
Ni umy dan fara. Diorang kawan baik aku. Sesame belajar kat giatmara.

Lelaki Ini....


Name dia, Megat Khairul Nizam b. Megat Ismail.
Dia...dia....aku suke janggut die.hehehe.
Die da tue,29 tahun. Aku panggil dia, Ijam.
Aku sayang sangat-sangat kat dia.
Aku cintakan dia..........
Really love him... Dia baik, hormatkan orang tue, mudah mesra dengan orang,dia tak suke marah aku dan banyak lagi. Sebab tue aku suke kat die.
nanti...aku nak kahwin dengan dia.heheehehe...
die nie lar tunang aku.....

Selalu Dipinggirkan


Name die, syamil. Die budak KL yg tetibe berhijrah ke umah neneknya di Gopeng. Pada mulenya, dia nie nampak macam luru bendul.
Pada 1 hari,aku balik naik bus dengan dia. sejak hari itu, aku tidak lagi menegurnya. Dia terasa aku telah meminggirkannya. so....keluar ler ayat 'aku selalu dipinggirkan". Hehehehe.

Budak Comel

Nie,budak yang comel. Die rajin sangat. Muke dah ler comel.Muka die japanese look. Nanti boleh jadi menantu aku...hik...hik