Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 26, 2013

Monthly Checkup!!!!


Assalammualaikum dan selamat pagi.....
Alhamdulillah apabila masih diberi peluang meneruskan kehidupan.....
Semalam aku gi monthly checkup yang dah jadi 2 minggu sekali......
Waaaa......Berat badanku naik 2kg.....
Nurse siap pesan suruh kurangkan makanan yang berkanji dan karbohidrat....
Dan banyakkan makan buah and sayur...........
Rasanya aku xdelah makan banyak, tapi naik berat....
Kalo ikutkan, 2 minggu boleh naik 1kg jer...
Tekanan darah pun 110/70...... Dan sekali lagi diberi nasihat.....
Memang terbaiklah nurse Simpang Pulai, sangat friendly.......
Nurse terlupa nak bagi suntikan kancing gigi yang ke 2,...
So, aku pun pura-pura lupa jugak.... Next checkup baru cucuk.....
6 Mei nie, kena gi scan baby......
Dup...Dap....Dup....Dap.........
Hope semuanya okey lar, takutnya..........
Semalam macam biasa, nurse bagi dengar denyutan jantung baby.....
Sangat terharu dan tak terkata perasaannya......


Wednesday, April 24, 2013

Adik Iparku Ditimpa Kemalangan....


Pagi semalam tengah sedap makan laksam, aku dapat mesej....
Dari en suami yang mengatakan adikknya eksiden......
Terkejut sekejap, pastu aku minta kebenaran nak gi hospital Ipoh....
Sebelum tue, haruslah aku mengambil en suami yang da bersiap menanti di bus stop....
Then aku dan en suami terus ke hospital, menuju ke arah wad kecemasan........
Mak yong ada kat situ tengah menunggu adik mendapatkan rawatan....
Aku ngan en suami bergilir-gilir masuk tengok adik sebab xleh masuk ramai-ramai....
Aku sempat bertanya keadaan adik kepada doktor...
Doktor pun tunjuklah gambar x-ray tue.....
2 tulang kat betis patah, pastu ada luka kat betis dan doktor cuci luka and simen sementara.....
Dalam pukul 1.30, aku gerak balik rumah sebab en suami kerja dan aku ada perjumpaan dekat sentang....
Petang tue, dalam pukul 5, aku gi hospital alone.......
Malam semalam adik kena operate untuk betulkan tulang...
Semoga adik cepat sembuh dan sabar menghadapi dugaan nie....

Tuesday, April 23, 2013

Saat Manis Bersama En Suami....








Saat-saat manis bersama suami.......
Masa nie aku baru mengandung 3 bulan kot.....
Nie area Kinta Riverfront.......
Dan adikku lah jurugambar yang tolong snapkan picture ni......

Sunday, April 21, 2013

Ke Tabika....


Awal mei nie aku akan masuk ke tabika...
Bestnya xterkata....
Saat yang aku nantikan selama ini....
Tabika aku di Taman Bemban Raya.....
Aku menggantikan kak salmah yang akan ke kelas penjara.....
Aduh.... Sangat tak sabar........

Pengalaman Baru...

Assalammualaikum dan selamat malam.....
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga detik ini...
Sambil menaip nie, rasa bahagia sangat....
Perkembangan terkini, usia kandungan ku dah 29 minggu....
Wahhh, begitu cepat  masa berlalu.....
Rasa macam baru semalam jer disahkan mengandung...hihihi...
Pelbagai pengalaman baru yang dah aku lalui....
Setiap bulan, aku perlu ke klinik untuk memeriksa kandungan.....
Momen yang indah dan en suami setia menemani aku....
Disaat aku sedang menaip ni, terasa pergerakan baby.....
Ya ALLAH, aku bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat ini.....

Barang-barang baby ada yang aku dah beli....
Baju ( 5 psg ), bedak, mandian, towel ( 1 helai ), sarung kaki + tangan ( 3 pasang ),
lampin ( 10 helai ), bakul.....
Ada lagi yang nak kena beli, next week la baru beli...
Masa mula-mula tue xtaw nak beli ape....... Hihihihi....
Tengok baju baby yang kecik, comelnya.......
Barut untuk baby, mak yang jahitkan...
Tilam and bantal pun mak tolong buatkan......
Nie yang semakin sayang kat mak.....hihihihih....

Ada kawan yang tanya jantina baby....
Aku tersenyum......
Sebab aku xscan pun jantinanya......
En suami pun xkisah, hajat hati memang nak scan.....
Tapi tengok la dulu....
Aku xkisah samada baby lelaki ataupun perempuan...
Yang penting ia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna....
Sebenarnya xsabar jugak nak taw jantina baby....
Lagi xsabar nak tunggu baby keluar....
Dah 3 tahun lebih aku dan en suami menanti kehadiran permata hati yang akan menyerikan rumahtangga kami,....
Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya...


Wednesday, April 17, 2013

~~Surah Amalan ketika mengandung~~


Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

Surah Yusuf

Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam

Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Monday, April 15, 2013

Alkisah....

Assalammualaikum dan selamat pagi......
Hari nie aku masuk office....
Pukul 2 jap lagi, ada perjumpaan dengan PKD kat PKM Gopeng....
So dalam pukul 12 tengahari boleh lah aku balik rumah.......

Harinie ijam keje petang....
Hurm, dok rumah sorang ler aku......
Nasib baik jumaat nie cuti umum......
Plan nak balik kampung ijam....
Pastu minggu nie nak gi beli barang baby....
Best.... Best.....

18 hb nie, kena minum air gula.....
Ini kali yang ketiga aku akan minum....
Xpelah demi anak yang dikandung, aku minum jer lah....
Mudah-mudahan kandungan aku ok dan selamat.....

25 hb nie ada appointment......
Kena cucuk untuk kancing gigi kali yang kedua.....
Takutnya nak kena cucuk lgi....
Apepun, aku tetap redha........