Ada banyak alasan manusia yg membuat dsar dari hakikat pernikahan, hakikat yg seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat...dan Manakah pilihan kita.....?
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana seks, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana harta, maka
pasangan bakal bubar jika bankrup.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana kecantikan, maka
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban & muka
berkedut atau badan menjadi gendut.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana zuriat, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberikan anak.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana keperibadian, maka
pasangan akan lari jika orang berubah tingkahlakunya.
* Jika hakikatpernikahan kerana cinta, hati manusia itu
tidak tetap & mudah terpikat pada hal2 yg lebih baik,
lagi pula manusia yg dicintai pasti mati.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL & MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tidak ada alasan apa pun didunia yg dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.