Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 11, 2010

Catatan Harian


11.2.2010 iaitu Khamis, genapler seminggu ijam keluar dari hospital...
Seronok bile dapat balik umah... Duduk kat hospital xselesa...
Kat umah,... ijam pun selesa, tido lena, kuat makan, boleh jenjalan....
Ramai gak yang datang melawat ijam kat umah....
Ijam pun suka orang datang tengok dia.....
Dia akan bercakap dan bercakap.....

Wednesday, February 10, 2010

Catatan Harian


Sekarang, aku hanya duduk dirumah menjaga ijam sehingga dia sembuh...
InsyaAllah nanti ijam akan kembali seperti dahulu.
Tapi, mungkin ada sedikit perubahan dari segi perangainya...
Aku mengharapkan ijam kembali seperti sebelum nie....
Sekarang pun, ijam dah boleh cakap,boleh makan, boleh duduk...
Kalo berdiri kena pegang sebab badan ijam masih lemah.....
Tapi, ijam kuat semangat...
Nak makan macam2...
Antaranya nasi bukhari, nasi ayam, ferero rocher, sate kajang,....

Setiap masa aku akan melayan kerenah ijam...
Seronok gak.. Kekadang, aku suka usik ijam...
Maklumler, dah lame aku xbergurau dengan dia..
Rindu taw....
So.... buat masa nie aku just sabar dengan ijam....
Dia suka bercakap... Kelakar taw...

Waktu petang, ijam selalu ajak aku gi jenjalan kat kawasan rumah...
Sebab dia bosan asyik terperap kat umah..
Aku bawak dia ronda dengan kerusi roda, ambil angin petang...
Aku berpeluh, ijam pun berpeluh...
Agak romantik walaupun penat sikit....
Heheehehehe...

Bila malam, selalu ijam tido awal...
Tapi, dia akan terjaga tengah malam...
Mungkin nak ke toilet, terbatuk ataupun lapar...

Friday, February 5, 2010

Dugaan Hidup Selepas Berkahwin

Pada 16 Januari 2010 yang lalu,suamiku telah dimasukkan ke hospital kerana 'accident'... Betapa sedihnya aku rasa bile doctor gitaw peluang untuk suamiku hidup hanya 50-50.

Pada 4 Februari, suamiku dibenarkan keluar setelah 20 hari berada di hospital. Lega sebab ramalan doctor tidak tepat. Ijam da boleh bercakap, makan, duduk dan berdiri. Tapi kena pegang.

Ape pun, aku bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan ijam.. Berbanding dengan pesakit lain, ijam begitu cepat dan banyak menunjukkan perubahan yang positif.