Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 21, 2013

Pengalaman Baru...

Assalammualaikum dan selamat malam.....
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga detik ini...
Sambil menaip nie, rasa bahagia sangat....
Perkembangan terkini, usia kandungan ku dah 29 minggu....
Wahhh, begitu cepat  masa berlalu.....
Rasa macam baru semalam jer disahkan mengandung...hihihi...
Pelbagai pengalaman baru yang dah aku lalui....
Setiap bulan, aku perlu ke klinik untuk memeriksa kandungan.....
Momen yang indah dan en suami setia menemani aku....
Disaat aku sedang menaip ni, terasa pergerakan baby.....
Ya ALLAH, aku bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat ini.....

Barang-barang baby ada yang aku dah beli....
Baju ( 5 psg ), bedak, mandian, towel ( 1 helai ), sarung kaki + tangan ( 3 pasang ),
lampin ( 10 helai ), bakul.....
Ada lagi yang nak kena beli, next week la baru beli...
Masa mula-mula tue xtaw nak beli ape....... Hihihihi....
Tengok baju baby yang kecik, comelnya.......
Barut untuk baby, mak yang jahitkan...
Tilam and bantal pun mak tolong buatkan......
Nie yang semakin sayang kat mak.....hihihihih....

Ada kawan yang tanya jantina baby....
Aku tersenyum......
Sebab aku xscan pun jantinanya......
En suami pun xkisah, hajat hati memang nak scan.....
Tapi tengok la dulu....
Aku xkisah samada baby lelaki ataupun perempuan...
Yang penting ia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna....
Sebenarnya xsabar jugak nak taw jantina baby....
Lagi xsabar nak tunggu baby keluar....
Dah 3 tahun lebih aku dan en suami menanti kehadiran permata hati yang akan menyerikan rumahtangga kami,....
Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya...


No comments: