Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 25, 2010

Catatan

Ari sabtu ari tue aku ngan family balik kampung sebab menghadiri perkahwinan sedara aku iaitu razie & wani... Pastu kami bermalam kat Grik...Yang bestnya sume adik-beradik mak balik... tapi, mak ngah & mak cik balik hari aje... Ada berita yang menggembirakan, mak su mengandung lagi... Nampak gayanya dalam tahun ni, aku akan dapat lagi sorang sepupu... Aku pulak?... Entahler, xmengharap sangat pun tapi teringin gak.... Hehehe... Maklumler, ijam accident masa usia pernikahan kiteorang baru mencecah usia 3 minggu... So, wait n see jer lah happy news 2...

Ari ahad, kiteorang bertolak ke Kuala Kangsar dalam pukul 12.30 tengahari... Kiteorang sampai umah mak ngah dalam kul 1.30 petang... Aku ngan ijam naik kete achik... Sampai kat umah mak ngah, kiteorang dijamu makan tengahari, yang bestnya mak ngah buat tomyam.. Yummy...sedap.... Dalam kul 4 ptg, kiteorang berkonvoi 3 buah kete ke umah mak cik, dekat Taman Chandan Putri... Kat sana, mak cik sediakan minum petang... makan goreng pisang, kek, kerepek pisang, air anggur & laici... Riuhler umah mak cik bile kiteorang datang....

Lastly, aku dan ijam pun balik ke Sg. Siput... Umah family ijam... Aku dok sana 4 ari 3 malam... IsnyaAllah, minggu depan aku akan balik ke sana lagi... Dapatler tukar angin kejap...



Thursday, February 18, 2010

Catatan Harian


Malam semalam, nyoh sekeluarga ada datang sini. Nyoh datang anta jus pegaga yang aku dan ijam minta tolong nyoh carikan... Nasib baik ada, nyoh beli kat Megoplex.... Tengok telatah zafran nak tergelak... Siap tengok cite upin & ipin... Nyoh memang da banyak tolong masa ijam masuk hospital, sampaikan nyoh tido kat hospital jaga ijam... Mujurler ahli keluarga ijam mengambil berat.. Uyun,mak dan mamat pun pernah tido kat hospital jaga ijam... Memang aku perlu berterima kasih kepada keluarga ijam dan juga keluarga aku.... Sekarang pun, aku cuti sementara ijam sihat.. So, perbelanjaan harian abah yang tolong... Mak dan ayah ijam pun ada gak bagi duit kat aku, tapi seganler.... Mak setiap hari ada col tanya pasal ijam.. Alhamdulillah, ijam da tak menggunakan kerusi roda lagi...

Pagi tadi, aku bawa ijam kuar gi beli nasi lemak dan kuih.. Takut nak tinggalkan ijam sorang2 kat rumah... Lagipun, setiap pagi ijam akan bangun awal.. Ijam pun suka dapat ambil angin pagi2.. Elok untuk kesihatan dia..

Tengahari tadi, ijam cukup berselera makan nasi... Aku suapkan ijam, nasi putih dan ikan talapia goreng dicampurkan kicap... Simple tapi sedap... Ijam pun suka makan ikan talapia goreng... Dah 2 hari makan lauk yang sama... Esok aku plan nak masakkan ikan masak merah untuk ijam... Tapi, ijam tak boleh makan pedas2 sebab dia ada buasir...

Petang tadi, aku cukurkan janggut dan misai ijam.... Aku nak guntingkan rambut,dia tak bagi... Petang esok baru abah bawa ijam pergi gunting rambut.... Ijam pun rimas sebab rambut dia da panjang...


Tuesday, February 16, 2010

Catatan Harian


16.2.2010, Genap sebulan ijam excident... Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita....
Banyak perubahan daripada mula-mula ijam masuk hospital....
Lega sangat rasa bila ijam da boleh balik ke rumah.. Ijam pun da mula berjalan, tapi masih perlu dipegang... Ijam pun kuat semangat...
InsyaAllah, dalam masa sebulan dua nie ijam boleh sembuh seperti biasa...
Harapnya biarlah begitu....

Sunday, February 14, 2010

Saturday, February 13, 2010

Catatan Harian


Ijam...Oh ijam.... Sejak excident, satu aje yang ijam lupa...
Iaitu ijam lupe yang dia masuk hospital kerana excident....
Sebab semalam kawan dia col...
Dia gitaw kawan dia yang dia masuk hospital sebab demam....
Bila kiteorang tanya macamane boleh excident?...
Dia kata mana ada excident, dia cuma jatuh masa wat keje lanskap kat Sg. Rokam...

Tapi,perkara lain ijam masih ingat... Kire ok ler tue...
Cume doctor gitaw ijam still confuse...
Yake?.. Cume bile bercakap sesuatu tajuk, memang xleh campur dengan tajuk lain...
Dia pun semakin banyak bercakap... Aku suka usik dia...Hehehe...
Dia pun masih ingat yg aku nie adalah isteri dia...
Memang rasanya semua benda dia ingat kecuali excident kot?....

Kekadang rindu gak dengan sikap dia sebelum excident nie terjadi...
Maklumler, kiteorang baru aje menjadi suami isteri...
Sijil nikah pun x gi ambik lagi...
Sebab dia suke manjakan aku, dia penyayang, dia adalah jejaka idaman aku...
Inilah masanya Allah nak menguji kesetiaan aku pada Ijam...

Tanda-Tanda Kehamilan

Antaranya ialah:-
  • Haid tidak datang
  • Mual dan muntah
  • Lelah berlebihan
  • Sering membuang air kecil
  • Insomnia
p/s: Nie serba sedikit info yang aku surf kat internet... Tapi jangan salah paham...
Aku tulis dengan tujuan untuk berkongsi dengan wanita yang bakal menjadi ibu...
Tapi, xsemestinya aku akan menjadi ibu dalam masa yg terdekat..

Catatan Harian


Semalam, ramai orang datang umah.. Dari petang sampai malam....
Petang yang datang ialah Cik Hajar, Cik Salmah, Angah, Kak Dayah bersama suami dan anak.... Malam ialah Makcik sekeluarga, Achik sekeluarga dan Kak Mona sekeluarga...
Uyun pun baru sampai dari kl..... Memang meriahler semalam.... Kak Mona menjadi tukang masak dibantu oleh Kak Dayah.... Aku pun tolong gak....

Ijam pun suke tengok ramai orang datang, adaler orang melayan dia...
Tapi, malam semalam ijam tido awal sebab petang semalam dia xtido...
Pagi nie, ijam bangun awal. Awal-awal pagi dah suruh aku mandikan dia.....
Lepas mandi, aku bagi ijam makan roti bersapukan jem strawberi dan minum susu...
Lepas makan dan minum, dia tengok tv dan lastly dia tido..... Pagi tadi, uyun ada tolak ijam naik kerusi roda kat luar... Ambil angin pagi......

Dari semalam, ijam sibuk nak balik kampung... Ingatkan sebab nak jumpa mak..
Tapi, dia nak gi makan kenduri..... Aku ngan uyun pujukler dia...
Minggu depan baru balik kampung..
Nasib bek dia nak...

Thursday, February 11, 2010

Catatan Harian


11.2.2010 iaitu Khamis, genapler seminggu ijam keluar dari hospital...
Seronok bile dapat balik umah... Duduk kat hospital xselesa...
Kat umah,... ijam pun selesa, tido lena, kuat makan, boleh jenjalan....
Ramai gak yang datang melawat ijam kat umah....
Ijam pun suka orang datang tengok dia.....
Dia akan bercakap dan bercakap.....

Wednesday, February 10, 2010

Catatan Harian


Sekarang, aku hanya duduk dirumah menjaga ijam sehingga dia sembuh...
InsyaAllah nanti ijam akan kembali seperti dahulu.
Tapi, mungkin ada sedikit perubahan dari segi perangainya...
Aku mengharapkan ijam kembali seperti sebelum nie....
Sekarang pun, ijam dah boleh cakap,boleh makan, boleh duduk...
Kalo berdiri kena pegang sebab badan ijam masih lemah.....
Tapi, ijam kuat semangat...
Nak makan macam2...
Antaranya nasi bukhari, nasi ayam, ferero rocher, sate kajang,....

Setiap masa aku akan melayan kerenah ijam...
Seronok gak.. Kekadang, aku suka usik ijam...
Maklumler, dah lame aku xbergurau dengan dia..
Rindu taw....
So.... buat masa nie aku just sabar dengan ijam....
Dia suka bercakap... Kelakar taw...

Waktu petang, ijam selalu ajak aku gi jenjalan kat kawasan rumah...
Sebab dia bosan asyik terperap kat umah..
Aku bawak dia ronda dengan kerusi roda, ambil angin petang...
Aku berpeluh, ijam pun berpeluh...
Agak romantik walaupun penat sikit....
Heheehehehe...

Bila malam, selalu ijam tido awal...
Tapi, dia akan terjaga tengah malam...
Mungkin nak ke toilet, terbatuk ataupun lapar...

Friday, February 5, 2010

Dugaan Hidup Selepas Berkahwin

Pada 16 Januari 2010 yang lalu,suamiku telah dimasukkan ke hospital kerana 'accident'... Betapa sedihnya aku rasa bile doctor gitaw peluang untuk suamiku hidup hanya 50-50.

Pada 4 Februari, suamiku dibenarkan keluar setelah 20 hari berada di hospital. Lega sebab ramalan doctor tidak tepat. Ijam da boleh bercakap, makan, duduk dan berdiri. Tapi kena pegang.

Ape pun, aku bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan ijam.. Berbanding dengan pesakit lain, ijam begitu cepat dan banyak menunjukkan perubahan yang positif.