Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 20, 2013

Seni Sudah Mariii!!!


Seni...Oooo...Seni....
Aku tidak menyukai seni....
Minatku bukan di dalam bidang seni....
Ohhh....Noooo.....
Semalam dan hari nie, lukis dan terus melukis....
Dah 2 hari, warna dan terus mewarna.........

Seni....Oooo...Seni....
Minggu depan ada lagi 1 class.....
Huuuwaaa.....
Tapi ok cikit, sebab buat binaan.....
So, bring ler segala peralatan yang berkaitan...
Kotak, kertas warna and other else....

Seni...OOO...Seni....
Hasilnya akan dipaparkan kemudian....
To be continue.....

Wednesday, December 18, 2013

Monday, December 16, 2013

Semakin Tua....


Assalammualaikum dan selamat petang....
Hari ni aku bersiaran di IPG.....
Sudah hampir 5 tahun aku menulis blog nie.....
Dari zaman aku bujang....
Hingga ke alam perkahwinan....
Dan sekarang aku telah mempunyai seorang cahaya mata.....
Pelbagai cerita telah aku kongsikan.....
Bermacam kisah yang dah aku coretkan....
Akan berhentikan penulisan ku ini?...
Aku sendiri masih tidak pasti......

Who?


Jannah with her baba....


Jannah with her friend, amani...


Jannah with ateh....


Jannah with her beloved mama.....
See, the camera....

Friday, December 13, 2013

Puteri Nurjannah


PUTERI NURJANNAH BINTI MEGAT KHAIRUL NIZAM


Inilah permata hati saya....
Nama timangannya ialah Jannah...
Dia sekarang berumur 5 bulan 17 hari.....
Saya sangat sayangkan Jannah...
Kehadiran Jannah umpama penyeri dalam kehidupan saya dan suami...
Sayang Jannah ketat-ketat.....
Semoga Jannah membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada mama, baba serta orang disekelilingnya.....


Friday, November 29, 2013

Majlis Cukur Jambul Puteri Nurjannah & Ahmad Yassin


Majlis menggunting rambut Jannah
 

Marhabban


 Marhabban 


Majlis menggunting rambut Ahmad

Thursday, November 28, 2013

Anakku, mama rindu sama kamu!!!!


Inilah chenta hatiku....
Inilah permata hati aku....
Puteri Nurjannah Binti Megat Khairul Nizam....
Ya Allah, rindunya kat Jannah mama.....

# Tugasan 1

Hari nie aku diberi tugasan.....
Untuk subjek Prasekolah...
Aku dikehendaki menceritakan pengalaman menjadi guru tabika......

Berfikir dan terus berfikir.....
Matlamat aku sebagai guru tabika juga perlu dicoretkan....
Setiap perkataan yang dicatat perlu seiring dengan pengalaman yang aku lalui....

Sudah agak lama meninggalkan bangku persekolahan....
Sekarang perlu mengulang kembali saat-sata menulis esei tugasan.....
Sekurang-kurangnya dapat mengasah bakat yang ada....

Kawan-kawan sedang sibuk menulis dan mencatat....
Aku mencuri sedikit masa yang ada untuk mencoretkan catatan ini di dalam blogku....
9 Disember, dateline menghantar tugasan ini.....

p/s : sambung taip tugasa di bilik....

Wednesday, November 27, 2013

Pulau Pinang


Rumah Kak Yong
Jannah with her cousin, her grandfather and her 'moyang'...
An-Nisa, Megat Muhammad Zafran Hanif and Mohd Danial is Jannah's cousin....
Can see a different age with each other.....
Jannah is the small one....
Loves Jannah....



Bukit Bendera
We use train, and Jannah sooo like it!!!!!
Well, her mama was more excited......


This is second trip for Jannah...
She didn't want to stayed in her stroller......
So, I must carry her for all day's with her baba....
Jannah an intelligent children......



At Queensbay Mall
We eating and chatting here......
Jannah was wear her cover such as hat.....


A happy family
Three of us, baba, mama and Jannah....
See, Jannah face....
Soooo cute......
Missed my Jannah....

p/s : Try to learn more english....

Cameron Highland...


Taman Lavender
Ini adalah trip pertama Jannah bersama kami....
Jannah memang xbanyak ragam....


Lavender Garden
See, three of us......
A happy family!!!!!


Tea Boh Farm
Jannah tak tengok camera pun....



Santai petang....
Menikmati aneka rasa teh...
Lemon tea, Strawberry tea and hot tea.....
Ateh was follow us together....

Jannah OOOO Jannah


Assalammualaikum dan selamat malam.....
Malam ini adalah malam pertama aku berada di IPG Kampus Ipoh....
Pertama kali aku tak bermalam dengan Jannah....
Sedih nya sebab teringatkan Jannah.....
Hari sabtu nie baru dapat jumpa dengan Jannah.......
Sayu jer hati apabila teringatkan Jannah yang tidur dirumah ibu nya....
Semoga Jannah sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya....
Mama rindu sangat kat Jannah.......


Aku Kembali


Assalammualaikum dan selamat malam....
Hampir 4 bulan aku xberkesempatan mengupdate blog nie.....
Banyak perkara yang menarik x sempat dicoretkan di blog nie......
Akan menyusul cerita-cerita yang lalu.....

Tuesday, August 27, 2013

Permata Hatiku....


29 Jun 2013 jam 1.28 petang......
Lahirlah permata hati yang ditunggu-tunggu selama ini....
Aku dan en suami bersepakat menamakan anak kami Puteri Nurjannah......
Sangat bersyukur dengan pemberian Ilahi ini kepada kami berdua...
Permata yang membahagiakan rumahtangga....
Begitu pantas dirasakan masa berlalu, lengkap keluarga kami dengan kehadiran Jannah...
Bertepatan dengan maksudya 'cahaya syurga'...


Thursday, May 23, 2013

34 weeks!!!!


Assalammualaikum dan selamat pagi......
Alhamdulillah sekarang usia kandunganku 34 minggu....
Means dah 8 bulan setengah kot........
Begitu pantas masa berlalu, rasa macam baru jer disahkan hamil....
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, aku masih diberikan kesihatan yang baik.....
Baby pun aktif bergerak.....
Nak pulak bila en suami ada, memang anak baba lah......
Sekarang bila baby bergerak memang boleh tengok perut aku bergerak-gerak.....
Such as sweet moment for me......
Rasa macam dah xsabar nak tunggu baby keluar.....
Pukul 2 petang nie checkup macam biasa...
Hopefully semuanya akan okey....
Best gak nak gi checkup coz nanti nurse bagi dengar degupan jantung baby.....
Rasa terharu sangat........


Friday, May 10, 2013

Saman....OOOOO....Saman


Alkisahnya, saman...oooo...saman....
Kisah sedih sepanjang aku bergelar pemandu......
Rasanya dah drive dengan penuh berhemah dah.....
Aritue saje jer teman en suami cek saman kat UTC.......
Aku pun saja try cek saman kot2 ada......
Bajet xder saman tapi sebaliknya yang berlaku......
Keretaku ada 1 saman, area Nibong Tebal bertarikh 26.1.2013.......
Peangkap laju kot....
Tapi time tue en suami yang drive........
Huhuhuhuhuu.....
Dah bagitaw kat abah, nanti nak settlekan awal2.......
Hurm.....Baru ingatkan xnak ada sebarang rekod saman....
Hancuuusss sudah...Huhuhuhu...

Checkup!!!!!

Assalammualaikum dan selamat petang.....
Disaat menaip, aku beada di kampung en suami.......

Semalam macam biasalah, ada checkup.....
Sekarang dah kena gi klinik 2 minggu sekali...
Ermmmm, alhamdulillah.. Semalam nurse bagi dengar degupan jantung baby....
Perggghhh, pelbagai rasa menerjah sanubari ini....
Berat pun naik 1 kg aje, kire okey la......
Hb pun 12.1, maintain jer......
Tekanan darah pun 100/60........
Dan semalam kena suntikan ATT yang kali kedua....
Nasib baik xsakit sangat......

Nurse pun ada terangkan ape yang patut....
Penyediaan dan barang keperluan baby sebelum bersaln...
Aku pun dengar info berguna yang diberikan....
Thanx to nurse.....

Thursday, May 9, 2013

Rasa Itu.....


Indahnya rasa itu......Indahnya  pemberianMu....
Ku bersyukur padaMU Ya Allah.....
Aku berpeluang melalui rasa itu......
Detiknya dimana baby ku bergerak-gerak......
Apabila berbual dengannya sambil ku usap perut ini, ada tindak balasnya.....
Paling terasa apabila en suami dah nak balik keje....
Baby macam taw jer babanya dah nak balik......
Bergerak-gerak baby dalam perut mama......
Setiap hari, jam 5 pagi baby mesti bergerak untuk kejutkan mama dia nie......
Kalo mama dia nie lapar, baby pun akan bergerak-gerak.....
Indah sangat rasa itu...........
Saat-saat kehamilan yang indah.......
Pasti menjadi kenangan yang termanis dalam hidupku....


Sudah 32 Minggu!!!!!


Assalammualaikum dan selamat pagi....
Alhamdulillah hari nie, usia kandunganku telah mencecah 8 bulan aka 32 minggu.....
Begitu cepat rasanya masa berlalu........
Banyak pengalaman baru yang aku rasai.........
Rasa bahagia saat baby bergerak-gerak......
Until menaip pun, baby masih bergerak.......
Aritue dah gi scan baby.......
Alhamdulillah doctor kata baby ok, kepala baby pun dah ke bawah......
Uri pun ok, begitu jugak ngan air ketuban....
Tapi, jantina baby xnampak.......
Surprise, tunggu ajelah bila baby keluar baru tengok jantinanya....
Aku pun xsabar gak nak taw...... Hihihi......
Arini kena gi klinik, dua minggu sekali kena checkup.......
Hope semuanya ok......

Monday, May 6, 2013

Jalan-Jalan Ke AEON....


Malam semalam, lepas maghrib keluar ngan ana and kak lia....
Sebelum tue, anta adik ngan kakak balik umah uci......
Pastu straight to aeon......
Tengok barang-barang yang boelh di beli....
Sempatlah tangkap 3 pasang baju baby....
Then beli mitten and botties 2 pasang.......
Almaklumla, jalan dengan ana....Hahahha....
Semuanya dia kata comel.....
Tapi memang diakui yang baju baby sangat comel..........
Geram betul tengok baju comei2.......
Cukup sudah kuota baju baby.......

Keputusan Pilihanraya ke 13 Negeri Perak


P.054 : GERIK
Datuk Hasbullah Osman (BN) --- 16, 415
Norhayati Kasim (Pas) --- 10,199
*Menang dengan majoriti 6,216

N.01 : Pengkalan Hulu
Aznel Ibrahim (BN) --- 7,206
Mejar (B) Abdullah Masnan (PKR) --- 3,845
*Menang dengan majoriti 3,361

N.02 : Temengor
Salbiah Mohamed (BN) --- 9,331
Mohd Supian Nordin (PKR) --- 6,116
*Menang dengan majoriti 3,215

P.055 : LENGGONG
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN) --- 13,285
Razman Zakaria (Pas) --- 9,832
*Menang dengan majoriti 3,453

N.03 Kenering
Datuk Mohd Tarmizi Idris (BN) --- 4,881
Mohd Tarmizi Abdul Hamid (PKR) --- 8,216
*Menang dengan majoriti 3,335

N.04 : Kota Tampan
Datuk Saarani Mohamad (BN) --- 5,893
Zahrul Nizam Abdul Majid (PKR) --- 4,049
*Menang dengan majoriti 1,844

P.056 : LARUT
Datuk Hamzah Zainudin (BN) --- 22,184
Datuk Fauzi Shaari (Pas) --- 16,888
M.Raveedran (Bebas) --- 278
*Menang dengan majoriti 5,296

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) --- 6,854
Mohd Akmal Kamarudin (Pas) --- 6,235
*Menang dengan majoriti 619

N.06 : Kubu Gajah
Ahmad Hasbullah Alias (BN) --- 5,807
Mohd Nazri Din (Pas) --- 4,722
*Menang dengan majoriti 1,085

N.07 : Batu Kurau
Dr Muhammad Amin Zakaria (BN) --- 9,789
Fadzil Alias (PKR) --- 5,955
*Menang dengan majoriti 3,834

P.057 : PARIT BUNTAR
Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (BN) --- 17, 539
Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pas) --- 26,015
*Menang dengan majoriti 8,476

N.08 : Titi Serong
Abu Bakar Mat Ali (BN) --- 11, 045
Abu Bakar Hussian (Pas) --- 12,839
*Menang dengan majoriti 1,794

N.09 : Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (BN) --- 7,322
Abdul Yunus Jamahri (PKR) --- 12,336
*Menang dengan majoriti 5,014

P.058 : BAGAN SERAI
Dr Noor Azmi Ghazali (BN) --- 23,014
Dr Muhammad Nur Manuty (PKR) --- 21,874
Abdul Latiff Mas'ud (Bebas) --- 329
*Menang dengan majoriti 11,40

N.10 : Alor Pongsu
Datuk Sham Mat Sahat (BN) --- 8,286
Rosli Ibrahim (PKR) --- 6,090
Shamsul Amir Ramli (Bebas) --- 105
*Menang dengan majoriti 2,196

N.11 : Gunung Semanggol
Zulkarnain Ismail (BN) --- 6,949
Mohd Zawawi Abu Hassan (Pas) --- 8,354
Halidi Wahab (Bebas) --- 71
*Menang dengan majoriti 1,405

N.12 : Selinsing
Sharudin Ahmad (BN) --- 7,406
Husin Din (Pas) --- 8,215
*Menang dengan majoriti 809

P.059 : BUKIT GANTANG
Datuk Ismail Safian (BN) --- 29,577
Idris Ahmad (Pas) --- 30,563
*Menang dengan majoriti 986

N.13 : Kuala Sepetang
Low Swee Eng (BN) --- 10,017
Chua Yee Ling (PKR) --- 10,775
Zainal Abidin Abd Rahman (Bebas) --- 430
*Menang dengan majoriti 758

N.14 : Changkat Jering
Datuk Rosli husin (BN) --- 13,325
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) --- 14,495
Zulkefli Ibrahim (Bebas) ---84
*Menang dengan majoriti 1,170

N.15 : Trong
Dr Zabri Abdul Wahid (BN) --- 6,353
Norazli Musa (Pas) --- 4,549
*Menang dengan majoriti 1,804

P.060 : TAIPING
Datuk Tan Lian Hoe (BN) --- 25,530
Nga Kor Ming (DAP) --- 37,275
*Menang dengan majoriti 11,745

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (BN) --- 11,784
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas) --- 10,897
*Menang dengan majoriti 887

N.17 : Pokok Assam
Datuk Ho Cheng Wang (BN) --- 4,855
Teh Kok Lim (DAP) --- 12,780
Mohd Yusoff Abdul Hamid (Bebas) --- 192
*Menang dengan majoriti 7,925

N.18 : Aulong
Soo Kay Peng (BN) --- 7,513
Leow Thye Yih (DAP) --- 14,843
Yew Tian Hoe (Bebas) --- 225
*Menang dengan majoriti 7,330

P.061 : PADANG RENGAS
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN) --- 13,005
Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (PKR) --- 10,775
*Menang dengan majoriti 2,230

N.19 : Chenderoh
Zainun Mat Nor (BN) --- 6,457
Mohamad Azalan Mohamad (Pas) --- 4,890
*Menang dengan majoriti 1,567

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) --- 6,261
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas) --- 6,208
*Menang dengan majoriti 53

P.062 : SUNGAI SIPUT
Datuk SK Devamany (BN) --- 18,800
Dr D Jeyakumar (PKR) --- 21,593
SP Nagalingam (Bebas) --- 197
*Menang dengan majoriti 2,793

N.21 : Lintang
Datuk Zolkafly Harun (BN) --- 11,444
Ahmad Mazlan Othman (Pas) --- 7,467
*Menang dengan majoriti 3,977

N.22 : Jalong
Liew Yew Aw (BN) --- 6,895
Loh Sze Yee (DAP) --- 13,664
S Kalimuthu (Bebas) --- 1,303
*Menang dengan majoriti 6,769

P.063 : TAMBUN
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN) --- 42,093
Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) --- 32,768
*Menang dengan majoriti 9,325

N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) --- 21,511
Asmuni Awi (Pas) --- 21, 379
*Menang dengan majoriti 132

N.24 : Hulu Kinta
Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) --- 18,893
MA Tinagaran (PKR) --- 12,775
Sulaiman Zakaria (Bebas) --- 250
*Menang dengan majoriti 6118

P.064 : IPOH TIMUR
Kathleen Wong Mei Yin (BN) --- 15,086
Thomas Su Keong Siong (DAP) --- 49,086
*Menang dengan majoriti 34,000

N.25 : Canning
Ceylyn Tay Wei Lung (BN) --- 6,624
Wong Kah Woh (DAP) --- 21,068
*Menang dengan majoriti 14,444

N.26 : Tebing Tinggi
Tony Khoo Boon Chu (BN) --- 4,244
Ong Boon Piow (DAP) --- 10,131
*Menang dengan majoriti 5,887

N.27 : Pasir Pinji
Tong Fah Chong (BN) --- 4,264
Lee Chuan How (DAP) --- 17,896
*Menang dengan majoriti 13,632

P.065 : IPOH BARAT
Dr Cheng Wei Yee (BN) --- 16,382
M Kula Segaran (DAP) --- 45,420
Kalwat Singh Sujan Singh (Bebas) --- 235
*Menang dengan majoriti 29,038

N.28 : Bercham
Liew Huey Shan (BN) --- 6,446
Cheong Chee Khing (DAP) --- 20,362
RK Muthu (Bebas) --- 93
*Menang dengan majoriti 13,916

N.29 : Kepayang
Chang Kok Aun (BN) --- 6,344
Nga Kor Ming (DAP) --- 10,948
*Menang dengan majoriti 4,604

N.30 : Buntong
C Sivaraj (BN) --- 4,433
A Sivasubramaniam (DAP) --- 13,062
A Iruthivam Sebastiar (Bebas) --- 261
Mohd Basri Shafie (Bebas) --- 127
*Menang dengan majoriti 8,629

P.066 : BATU GAJAH
Loo Thin Tuck (BN) --- 15,304
V Sivakumar (DAP) --- 53,900
*Menang dengan majoriti 38,596

N.31 : Jelapang
S Mokan (BN) --- 4,655
Teh Hock Ke (DAP) --- 16,921
M Sarasvathy (Bebas) --- 2,568
*Menang dengan majoriti 12,266

N.32 : Menglembu
Loo Gar Yen (BN) --- 3,895
Lim Pek Har (DAP) --- 20,694
*Menang dengan majoriti 16,799

N.33 : Tronoh
Yip Sze Choy (BN) --- 7,052
Yong Choo Kiong (DAP) --- 13,243
*Menang dengan majoriti 6,191

P.067 : KUALA KANGSAR
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) --- 14,218
Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Pas) --- 13,136
Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) --- 447
*Menang dengan majoriti 1,082

N.34 : Bukit Chandan
Maslin Sham Razman (BN) --- 7,050
Fathmawaty Salim (PKR) --- 6,091
Jahiddin Isa (Bebas) --- 55
*Menang dengan majoriti 959

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (BN) --- 7,405
Jamil Dzulkarnain (Pas) --- 7,174
*Menang dengan majoriti 231

P.068 : BERUAS
Datuk Chang Ko Youn (BN) --- 16,882
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) --- 21,939
*Menang dengan majoriti 5,057

N.36 : Pengkalan Baharu
Datuk Abdul Manap Hashim (BN) --- 8,281
Khairuddin Abd Malik (Pas) --- 5,776
Ahmad Nizam Ibrahim (Bebas) --- 98
*Menang dengan majoriti 2,505

N.37 : Pantai Remis
Koh Ser Yun (BN) --- 7,621
Wong May Ing (DAP) --- 17,092
*Menang dengan majoriti 9,471

P.069 : PARIT
Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (BN) --- 16,253
Muhammad Ismi Mat Tain (Pas) --- 11,756
*Menang dengan majoriti 4,497

N. 38 : Belanja
Drs Mohd Nizar Zakaria (BN) --- 7,691
Najihatussalehah Ahmad (Pas) --- 4,728
*Menang dengan majoriti 2,963

N.39 : Bota
Datuk Nasaruddin Hashim (BN) --- 9,504
Zulkifly Ibrahim (PKR) --- 6,056
*Menang dengan majoriti 3,448

P.070 : KAMPAR
Datuk Lee Chee Leong (BN) --- 21,463
Ko Chung Sen (DAP) --- 26,863
*Menang dengan majoriti 5,400

N.40 : Malim Nawar
Chang Gwo Chyang (BN) --- 6,953
Leong Cheok Keng (DAP) --- 11,296
*Menang dengan majoriti 4,343

N.41 : Keranji
Daniel Wa Wai How (BN) --- 5,110
Chen Fook Chye (DAP) --- 10, 671
*Menang dengan majoriti 5,561

N.42 : Tualang Sekah
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) --- 7,955
Baldip Singh (PKR) --- 5,909
Syed Mohammad Syed Ali (Bebas) --- 400
*Menang dengan majoriti 2,046

P.071 GOPENG
Datuk Tan Chin Meng (BN) --- 32,249
Dr. Lee Boon Chye (PKR) --- 47,558
*Menang dengan majoriti 15,309

N.43 : Sungai Rapat
Datuk Hamidah Osman (BN) --- 16,602
Radzi Zainon (Pas) --- 19,240
Mior Azman Aminuddin Mior Aris (Bebas) --- 333
*Menang dengan majoriti 2,638

N.44 : Simpang Pulai
Datuk Chang Kon You (BN) --- 7,697
Tan Kar Hing (PKR) ---18,780
*Menang dengan majoriti 11,083

N.45 Teja
Yew Sau Kham (BN) --- 7,650
Chang Lih Kang (PKR) --- 9,732
*Menang dengan majoriti 2,082

P.072 TAPAH
Datuk Saravanan Murugan (BN) --- 20,670
Vasantha Kumar Krishnan (PKR) --- 12,743
Shaharuzzaman Bistamam (Bebas) --- 337
Ridzuan Bani (Bebas) --- 2,053
*Menang dengan majoriti 7,927

N.46 Chenderiang
Datuk Dr. Mah Hang Soon (BN) --- 10,866
Amani Willianms -Hunt Abdullah (PKR) --- 6,099
*Menang dengan majoriti 4,767

N.47 Ayer Kuning
Datuk Samsudin Abu Hassan (BN) --- 11,094
Dr. Ahmad Razi Othman (Pas) --- 7,609
Kathiravan Murugan (Bebas) --- 297
*Menang dengan majoriti 3,485

P.073 PASIR SALAK
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN) --- 24,875
Mustaffa Kamil Ayub (PKR) --- 17,489
*Menang dengan majoriti

N.48 Sungai Manik
Datuk Zainol Fadzi Paharudin (BN) --- 11,047
Osman Abdul Rahman (PKR) --- 9,193
*Menang dengan majoriti 1,854

N.49 Kampung Gajah
Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN) --- 14,140
Ishak Saari (Pas) --- 8,040
*Menang dengan majoriti 6,100

P.074 LUMUT
Datuk Seri Kong Cho Ha (BN) --- 32,140
Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) --- 40,308
*Menang dengan majoriti 8,168

N.50 Sitiawan
Ting Tai Fook (BN) --- 5,474
Ngeh Koo Ham (DAP) --- 17,292
*Menang dengan majoriti 11,820

N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) --- 15,153
Rohawati Abidin (Pas) --- 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) --- 245
*Menang dengan majoriti 304

N.52 Pangkor
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) --- 12,291
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (PKR) --- 7,167
Bernard Parenpa (Bebas) ---51
*Menang dengan majoriti 5,124

P.075 BAGAN DATOH
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN) --- 17,176
Madhi Hasan (PKR) --- 15,068
*Menang dengan majoriti 2,108

N.53 Rungkup
Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN) --- 6,415
Mohd Misbahul Munir Masduki (Pas) --- 5,802
*Menang dengan majoriti 613

N. 54 Hutan Melintang
Supramaniam Ramalingan (BN) --- 8,915
Kesavan Subramaniam (PKR) --- 10,155
Azahari Abdullah (Bebas) --- 413
Mat Sidi Hashim (Bebas) --- 353
*Menang dengan majoriti 1,240

P.076 TELUK INTAN
Datuk Mah Siew Keong (BN) --- 20,086
Seah Leong Peng (DAP) --- 27, 399
Moralingam Kannan (Bebas) --- 279
*Menang dengan majoriti 7,313

N.55 Pasir Bedamar
Datuk Seri M.Kayveas (BN) --- 5,823
Terence Naidu V.Raja (DAP) --- 18, 860
*Menang dengan majoriti 13,037

N.56 Changkat Jong
Mohd Azhar Jamaluddin (BN) --- 12,065
Mohd Anuar Sudin (Pas) --- 10,947
Suppan Krishnan (Bebas) --- 269
*Menang dengan majoriti 1,118

P.077 TANJONG MALIM
Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN) --- 28,225
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (PKR) --- 23,897
*Menang dengan majoriti 4,328

N.57 Sungkai
Goh Kim Swee (BN) --- 5,803
Sivanesan Achalingam (DAP) --- 9,314
*Menang dengan majoriti 3,511

N.58 Slim
Datuk Khusairi Abdul Talib (BN) --- 11,152
Aminuddin Zulkipli (Pas) --- 7,299
Mosses Ramiah (Bebas) --- 200
*Menang dengan majoriti 3,853

N.59 Behrang
Datuk Rusnah Kassim (BN) --- 9,823
Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (PKR) --- 7,855
Kamal Badri Tak M.Zaiinudin (Bebas) --- 341
Ramnaidu Suridemudu (Bebas) --- 358
*Menang dengan majoriti 1,968

#BN berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri Perak sebanyak 31 kerusi berbanding 28 kerusi oleh PR.

Thursday, May 2, 2013

Senarai Barang Baby.....


Checklist barang yang dah dibeli :-


  • Baju + seluar                            : 5 pasang
  • Sarung kaki + sarung tangan     : 3 pasang
  • Barut                                        : 8 helai
  • Bakul                                        : 1 buah
  • Travel pack ( mandian+losyen)  : 1 paket
  • Lampin                                      : 10 helai
  • Bedak                                       : 2 botol
  • Tuala                                         : 1 helai
p/s : Banyak lagi yang tak lengkap nie....

Apa-apa Aje!!!


Assalammualaikum dan selamat petang....
Cepat rasanya masa berlalu....
Now dah masuk bulan mei.........
2 bulan lagi, in shaa allah aku akan bersalin.....
Seronok + gementar + takut + dan banyak lagi....
Nak tak nak, aku tetap akan dan perlu melaluinya......
Ntahla, sejujurnya aku sangat takut...huhuhuhuuh....
Tapi tak sabar nak tunggu baby yang dikandung melihat dunia....
Semoga ia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.....
Permata hati yang aku dan en suami tunggu hampir 4 tahun......
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.....
Masih surprise mengenai jantina my baby.....
Aku xkesah boy or girl......
Hurm..... xsangka kan aku berpeluang merasai manisnya pengalaman mengandung....
Alhamdulillah aku dikurniakan en suami yang sangat memahami....
Thanx a lot, coz en suami sabar dengan kerenah saya nie.....
Love forever and ever.....

Mari Mengundi...


Marilah mari pergi mengundi......
Tunai kewajipan pada negara......
Perghhhh, lagi 3 hari jer nih......
Nerves + Excited..........
For the first time in my life.......
Takut nanti tertanda semua.....
Haru dibuatnya........
Aku mengundi di Sek. Rendah Agama Sg. Rokam...
Ijam pulak di kampungnya, Sg. Siput....

Friday, April 26, 2013

Monthly Checkup!!!!


Assalammualaikum dan selamat pagi.....
Alhamdulillah apabila masih diberi peluang meneruskan kehidupan.....
Semalam aku gi monthly checkup yang dah jadi 2 minggu sekali......
Waaaa......Berat badanku naik 2kg.....
Nurse siap pesan suruh kurangkan makanan yang berkanji dan karbohidrat....
Dan banyakkan makan buah and sayur...........
Rasanya aku xdelah makan banyak, tapi naik berat....
Kalo ikutkan, 2 minggu boleh naik 1kg jer...
Tekanan darah pun 110/70...... Dan sekali lagi diberi nasihat.....
Memang terbaiklah nurse Simpang Pulai, sangat friendly.......
Nurse terlupa nak bagi suntikan kancing gigi yang ke 2,...
So, aku pun pura-pura lupa jugak.... Next checkup baru cucuk.....
6 Mei nie, kena gi scan baby......
Dup...Dap....Dup....Dap.........
Hope semuanya okey lar, takutnya..........
Semalam macam biasa, nurse bagi dengar denyutan jantung baby.....
Sangat terharu dan tak terkata perasaannya......


Wednesday, April 24, 2013

Adik Iparku Ditimpa Kemalangan....


Pagi semalam tengah sedap makan laksam, aku dapat mesej....
Dari en suami yang mengatakan adikknya eksiden......
Terkejut sekejap, pastu aku minta kebenaran nak gi hospital Ipoh....
Sebelum tue, haruslah aku mengambil en suami yang da bersiap menanti di bus stop....
Then aku dan en suami terus ke hospital, menuju ke arah wad kecemasan........
Mak yong ada kat situ tengah menunggu adik mendapatkan rawatan....
Aku ngan en suami bergilir-gilir masuk tengok adik sebab xleh masuk ramai-ramai....
Aku sempat bertanya keadaan adik kepada doktor...
Doktor pun tunjuklah gambar x-ray tue.....
2 tulang kat betis patah, pastu ada luka kat betis dan doktor cuci luka and simen sementara.....
Dalam pukul 1.30, aku gerak balik rumah sebab en suami kerja dan aku ada perjumpaan dekat sentang....
Petang tue, dalam pukul 5, aku gi hospital alone.......
Malam semalam adik kena operate untuk betulkan tulang...
Semoga adik cepat sembuh dan sabar menghadapi dugaan nie....

Tuesday, April 23, 2013

Saat Manis Bersama En Suami....








Saat-saat manis bersama suami.......
Masa nie aku baru mengandung 3 bulan kot.....
Nie area Kinta Riverfront.......
Dan adikku lah jurugambar yang tolong snapkan picture ni......

Sunday, April 21, 2013

Ke Tabika....


Awal mei nie aku akan masuk ke tabika...
Bestnya xterkata....
Saat yang aku nantikan selama ini....
Tabika aku di Taman Bemban Raya.....
Aku menggantikan kak salmah yang akan ke kelas penjara.....
Aduh.... Sangat tak sabar........

Pengalaman Baru...

Assalammualaikum dan selamat malam.....
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga detik ini...
Sambil menaip nie, rasa bahagia sangat....
Perkembangan terkini, usia kandungan ku dah 29 minggu....
Wahhh, begitu cepat  masa berlalu.....
Rasa macam baru semalam jer disahkan mengandung...hihihi...
Pelbagai pengalaman baru yang dah aku lalui....
Setiap bulan, aku perlu ke klinik untuk memeriksa kandungan.....
Momen yang indah dan en suami setia menemani aku....
Disaat aku sedang menaip ni, terasa pergerakan baby.....
Ya ALLAH, aku bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat ini.....

Barang-barang baby ada yang aku dah beli....
Baju ( 5 psg ), bedak, mandian, towel ( 1 helai ), sarung kaki + tangan ( 3 pasang ),
lampin ( 10 helai ), bakul.....
Ada lagi yang nak kena beli, next week la baru beli...
Masa mula-mula tue xtaw nak beli ape....... Hihihihi....
Tengok baju baby yang kecik, comelnya.......
Barut untuk baby, mak yang jahitkan...
Tilam and bantal pun mak tolong buatkan......
Nie yang semakin sayang kat mak.....hihihihih....

Ada kawan yang tanya jantina baby....
Aku tersenyum......
Sebab aku xscan pun jantinanya......
En suami pun xkisah, hajat hati memang nak scan.....
Tapi tengok la dulu....
Aku xkisah samada baby lelaki ataupun perempuan...
Yang penting ia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna....
Sebenarnya xsabar jugak nak taw jantina baby....
Lagi xsabar nak tunggu baby keluar....
Dah 3 tahun lebih aku dan en suami menanti kehadiran permata hati yang akan menyerikan rumahtangga kami,....
Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya...


Wednesday, April 17, 2013

~~Surah Amalan ketika mengandung~~


Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.

Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah

Surah Yusuf

Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam

Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Monday, April 15, 2013

Alkisah....

Assalammualaikum dan selamat pagi......
Hari nie aku masuk office....
Pukul 2 jap lagi, ada perjumpaan dengan PKD kat PKM Gopeng....
So dalam pukul 12 tengahari boleh lah aku balik rumah.......

Harinie ijam keje petang....
Hurm, dok rumah sorang ler aku......
Nasib baik jumaat nie cuti umum......
Plan nak balik kampung ijam....
Pastu minggu nie nak gi beli barang baby....
Best.... Best.....

18 hb nie, kena minum air gula.....
Ini kali yang ketiga aku akan minum....
Xpelah demi anak yang dikandung, aku minum jer lah....
Mudah-mudahan kandungan aku ok dan selamat.....

25 hb nie ada appointment......
Kena cucuk untuk kancing gigi kali yang kedua.....
Takutnya nak kena cucuk lgi....
Apepun, aku tetap redha........


Thursday, March 28, 2013

Jadual Ku...

Schedule for next month....

1-5 April : Ganti TBK Pusing ( cikgunya bercuti kawen )

8-12 April : Ganti TBK Bemban Raya ( cikgunya bercuti kawen )

15 April : TBK Batu Gajah Perdana ( cikgunya ada appointment doktor )

p/s : Best dapat masuk tabika walaupun hanya untuk 11 hari.....


Alkisah...


Semalam balik keje terus gi umah mak......
Tapi sebelum tue, singgah ambik baju kat mesra raia dulu.....
Sampai kat umah mak, terus layan sarah and akma.......
Kak Lia and opi pun ada semalam.....
Lepas maghrib, aku and ijam anta sarah and akma balik.....
Pastu balik umah jap, bersiap-siap.....
Then gi ambik mak and kak lia....
Bawak gi makan ABC kat TKK...
Sebelum tue, jenjalan cuci mata kat gerbang malam....
Lepas dah kenyang, terus balik sebab masing-masing dah penat and mengantuk....
Terutamanya aku,....hihihihi

Tuesday, March 26, 2013

Pra Persediaan......


Semalam lepas kerja, aku terus gi umah mak....
Kebetulan hujan, lama jugak ler aku dok kat umah mak....
Siap makan nasi + gulai tempoyak lagi.....
Sambil-sambil tue, dok ler sembang ngan mak and abah....
Abah pesan supaya simpann duit untuk bersalin......
Pastu abah tanya barang baby dah beli ker belum?....
Aku cakap, awal lagi.....
Kalo da masuk 8 bulan lebih barulah aku beli barang-barang baby.....
Pastu cakap ngan mak, mahal betul set tilam kekabu......
Then, mak cakap beli jer kekabu nanti mak buatkan bantal and sarung....
Mak pesan kalo balik kampung ijam, try tanya kat opah ijam mana ada jual kekabu......
Untuk tilam, mak kata beli jer senang,
Tapi mak buatkan sarung tilam .....
Mak bagitahu kat pasar malam sri rapat ada jual barut, harga pun berpatutan.....
Aku pun okey je...
Tetiba dapat idea best iaitu minta mak jahitkan.....
Alhamdulillah, mak okey jer.......
Sayang mak sangat-sangat!!!!

Wednesday, March 20, 2013

Lelaki Atau Perempuan ?


Tadi gi beli nasi untuk makan tengahari.....
Kat depan pejabat jer pun kedainya......
Dah selalu jugak aku beli nasi kat situ....
Tadi akak yang jual tue tegur......
" Nie anak lelaki ni"...  Aku pun, "Alhamdulillah.... "
Walau ape jantina bakal anakku  tetap aku terima....

Sebelum nie beli nasi lemak pagi-pagi.....
Ada akak tue cakap, " Ni macam anak perempuan"
Aku pun senyum jer lah.......Hihihihihh
Aku tetap terima walau ape jantina bakal anakku....
Asalkan bakal anakku sempurna dan berada dalam keadaan sihat.....

Sebenarnya, aku pun tak sabar jugak nak taw.....
Tapi tunggu bersalin nanti jer lah, dah tentunya tahu......
Kalo dapat baby boy, best jugak sebab abah belum ada cucu lelaki lagi.....
Kalo dapat baby girl, okey jugak sebab bajunya cute-cute belaka.....
Lagipun, boleh melaram barang-barang ateh and uda nya.... Hahahahha...
Kalo dapat kembar, lagi berganda bestnya....... 
Ape pun, aku tetap bersyukur dengan kurniaanNya....

Monday, March 18, 2013

Wedding Of My Best Friend....

Perkahwinan teman baikku sejak zaman persekolahan lagi.....
Nurfarhana & pasangannya iaitu Hazuan....
Alhamdulillah aku sempat memenuhi undangan perkahwinan teman baikku.....


Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin......
Azieaton temanku yang sanggup turun dari Penang semata-mata untuk meraikan 
perkahwinan teman baik kami...... 
Ramai yang tegur akan keberisian badanku yang kini hamil 6 bulan......



Pengantin sedang bersanding diatas pelamin......
Warna hijau pucuk pisang dipilih sebagai tema perkahwinan.....
Bagai pinang dibelah dua...
Semoga kekal ke akhir hayat.....

Monday, March 11, 2013

Alkisah Di Pagi Hari.....


Assalammualaikum dan selamat pagi.......
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan pagi ni....
Pagi-pagi lagi, mula-mula bangun dah nampak muka en. suami....
Baby dalam kandungan pun awal bangun..........
Tapi aku saja lambat-lambatkan bangun......
Nanti kalo baby dah keluar, aku dah xleh nak bermalasan sangat atas katil.....
3 months before my baby melihat dunia, in shaa allah....
Masih fikir barang-barang yang hendak dibeli......
Hanya yang perlu sahaja, xleh nak membazir....
Dalam bulan 6 baru boleh beli barang-barang baby.......
Excitednya nak beli barang baby yang comel-comel........
Aduuuuhhhhh...... Rasa macam nak beli sekarang jer.....

Friday, March 8, 2013

Hari Ini Punya Cerita!!!!


Assalammualaikum dan Selamat Hari Wanita Sedunia saya ucapkan
kepada wanita yang ada di dunia nie....
Waktu macamnie, aku masih berada di office, kalo di tabika awal-awal lagi aku
balik rumah.......
En. suami terpaksalah memasak sendiri untuk makan tengahari ni...Mujur en. suami
paham dan ringan tulang......

Pagi tadi, sarapan makan nasi lemak, kenyang sangat......
Thanx to Pn. Lia yang belanja makan pagi tadi.....
Tadi pukul 12 lebih, aku makan pulut kuning + rendang ayam.....
Thanx to Ustazah Jah sebab susah2 bawak dari rumah special untuk orang office.....
Alhamdulillah, murah rezeki hari ni.....
Bersyukur kepada Allah......
Sambil tue duduk sembang ngan Pn. Lia, kak Asmah and kak mahani....
Diorang menceritakan pengalaman bersalin masing-masing.....
Aduiii, takutnya rasa..........
Nak tak nak, aku dengar je la.....

Esok dah cuti, en. suami ajak gi gerbang malam.....
Kalo ikutkan hati, aku x minat tempat ramai orang.....
Tapi, ikut ajelah temankan dia sebab en. suami selalu temankan aku kemana saja aku pergi.....
Lagipun, 20 hb nie en. suami dah mula bekerja setelah lama bercuti a.k.a mc........
So, lepas nie dah xlehlah nak mengada-ngada sangat dah....
En. suami pun dah xsabar nak mula kerja........




Thursday, March 7, 2013

Monthly Check Up.....


5 Mac 2013, seperti biasa aku ada monthly check up kat Klinik Simpang Pulai.....
Appointment pukul 2.00 petang........ Tapi masa sampai kat klinik, aku adalah orang yang kedua.......
Macam excited jer aku ngan en suami...........
Alhamdulillah tiada masalah ape-ape......
Berat aku naik 2kg, bulan lepas 41 kg..... Tekanan darah still lagi 11......
Paling best bila nurse bagi dengar jantung baby.....
Ya Allah, pelbagai rasa yang ada saat dengar jantung baby.....
Selama 3 tahun aku dan en suami menanti dengan penuh sabar.....
Akhirnya, Allah memberi aku peluang untuk merasai pengalaman mengandung....
Sangat-sangat bersyukur......
Semoga baby dapat lahir ke dunia dengan selamat.......

Tuesday, February 12, 2013

Monthly Check Up....


5 februari 2013, ada check up bulanan kat Klinik Kesihatan Simpang Pulai,...
Appointmentnya jam 2.00 petang dan seperti biasa, en suami sentiasa menemani aku ke sana.....
Check  up bulan nie, macam x memuaskan.....
Berat badan aku tak naik,.... 
Nurse pesan supaya makan and jangan lupa minum susu.....
Tekanan darah pun dah turun, dari 12.3 ke 11....
 Adooiii, hope check up akan datang xde masalah lagi...
Alhamdulillah sekarang kandungan aku dah berusia 4 bulan.....
Hope, selamat melahirkan kelak.......


Cuti Raya Cina...


Tahun nie, kami sekeluarga meluangkan masa bersama ke Pulau Pangkor.....
Last year, kami ke Pulau Langkawi........
Pergi Pangkor pada 11.2.13, balik ari jer......
Yang x join, opi and kak lia........
Kiteorang gerak dari rumah dalam kul 8.00 pagi.....
Sampai jeti around 9.30 am kot.....
Pastu kene beratur tunggu turn nak naik feri, ramai betul orang......
Tapi memang best, sebab dapat mandi laut.....
Kiteorang balik dari Pangkor dalam kul 5.00 petang......
Masing-masing dah penat, kakak n adik lena tidor masa balik....

Saturday, February 2, 2013

26.1.2013



26.1.2013, hari pernikahan abang aku, opie dengan kak lia....
Pagi tue, kami telah bertolak ke Kg. Singkir Laut....
Kami berkonvoi 4 buah kereta....
Selain family aku, family mak cik pun join sekali......
Semoga pernikahan opie kali kedua nie, kekal ke akhir hayat....
Aminnn....

Lepas makan kenduri, kami pun bergerak ke Tanjung Dawai.....
Kiteorang menaiki bot unutk ke Pantai Merdeka....
Lajunya..... Sakit perut aku... Huhuhuuh
Tapi best......

Monday, January 28, 2013

Hari Cuti!!!!!!!!!!!!!


assalammualaikum......
hari nie cuti, hari berkumpul dengan keluarga...
mak buat makan-makan sempena pernikahan opi......
ada nasi ayam n spageti...
yummmmyyyyyy.......

Wednesday, January 23, 2013

First Entry



Assalammualaikum and Selamat Tahun Baru 2013........
Dah berwajah baru my blog....
Nie adalah hasil keje aka nukilan adikku.....
Cantik.... Saya suke.................